4 Rumah Kebajikan di Pahang Terima Bekalan Produk Ayam Brand Selama 2 Bulan, Sertai Cabaran Seni Kreatif
Ayam Brand, jenama yang terkenal di Malaysia sejak 120 tahun lalu dengan rangkaian makanan dalam tin yang berkhasiat, tanpa tambahan pengawet dan tanpa MSG tambahan, kini didalam misi membantu lebih ramai golongan kurang bernasib baik untuk memupuk idea kreatif mereka melalui Kempen Masyarakat Penyayang Diet Sihat Untuk Kreativiti 2014.
Dalam tahun ketujuhnya, Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand ini akan menyaksikan sumbangan produk yang mencukupi untuk kegunaan harian selama dua bulan ke 48 buah badan kebajikan di 10 wilayah seluruh Malaysia. Ia akan membekalkan 2,200 orang anak-anak yatim, golongan kurang upaya dan warga emas dengan produk makanan bertin yang mudah disediakan, sihat dan berkhasiat.
Kempen ini adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Korporat Ayam Brand yang dilancarkan sejak 2008 dan sehingga kini telah dimanfaatkan lebih daripada 13,200 orang dari 264 organisasi kebajikan.
Kempen ini telah dilancarkan di Pahang dengan sumbangan kepada PERMATA CAMAR, Rumah Penyayang Tun Abdul Razak, Pusat Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Kuantan dan Rumah Anak Yatim & Miskin Nur Iman. Wakil-wakil pertubuhan tersebut hadir untuk menerima produk Ayam Brand termasuk tuna, mackerel dan kacang panggang.
Rumah-rumah kebajikan di Penang, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Perlis, Penang, Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan/ Terengganu, Perak, Sabah and Sarawak juga akan turut menerima sumbangan.
Ayam Brand memberi penekanan terhadap sumbangan produk sajian ikan di dalam tin kerana kebanyakan rumah kebajikan kurang mendapat bekalan ikan seperti tuna dan mackerel yang kaya dengan Omega-3, asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Omega-3 boleh membantu mencegah penyakit jantung koronari, merangsang aktiviti sihat saraf, meningkatkan penyerapan vitamin, menguatkan sistem ketahanan tubuh dan menggalakkan pertumbuhan sel. Di samping itu, Omega-3 juga penting dalam perkembangan daya penglihatan dan otak di kalangan kanak-kanak.
Oleh kerana kebanyakan badan kebajikan menghadapi kekurangan pekerja, produk makanan dalam tin Ayam Brand adalah pilihan yang ideal bagi mereka menyediakan makanan dengan segera tanpa sebarang masalah.
Kempen pada tahun ini akan memperkenalkan Cabaran Seni Kreatif Ayam Brand dengan tema Merah dan Kuning yang menggemakan warna korporat Ayam Brand. Ia bertujuan memupuk daya kreativiti, ekspresi diri, koordinasi mata-tangan dan kerja berpasukan.
Ayam Brand berbesar hati dapat membantu rumah kebajikan menikmati makanan yang lebih pelbagai. Kami berharap dengan menggalakkan sajian ikan kepada kanak-kanak, mereka akan mendapat manfaat kesihatan dari pemakanan yang kaya dengan ikan, selain dapat meringankan beban pekerja dengan penyediaan resipi yang cepat dimasak, kata wakil Ayam Brand, Cik Marie-Magali Falcoz.
Kami ingin memperkembangkan kreativiti mereka melalui Cabaran Seni Kreativiti Ayam Brand sebagai cara untuk mereka merealisasi potensi diri, menyemai bakat dalam mezahirkan fikiran dan emosi menerusi seni, membangunkan identiti dan mewarnai kehidupan mereka, jelas Cik Marie lagi.
Setiap badan kebajikan menghantar satu hasil seni ciptaan para penghuni mereka. Hasil-hasil seni dihasilkan dalam pelbagai bentuk, daripada lukisan di atas kertas ke kraftangan tradisional, tenunan, pertukangan kayu, ukiran kayu, sulaman, multimedia atau landskap taman.
Encik Mohd Hadzmie bin Ramli dari PERMATA CAMAR yang berucap bagi pihak semua badan kebajikan penerima memberitahu sumbangan Ayam Brand amat dihargai kerana ia menambah kepelbagaian dan nutrisi kepada pemakanan harian para penghuni. Ianya cepat serta mudah untuk disediakan.
Kami merakamkan penghargaan kepada Ayam Brand kerana bermurah hati memberi sumbangan makanan bertin yang sihat dan enak. Para penghuni begitu menggemari produk-produk ini dan pekerja kami menghargai betapa cepatnya mereka boleh menyediakan hidangan lazat untuk kanak-kanak ini. Kanak-kanak juga seronok dapat menyiapkan hasil seni mereka bagi Cabaran Seni Kreativiti Ayam Brand. Kami sentiasa mengalu-alukan Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand, bukan sahaja kerana produknya yang enak tetapi juga kerana aktiviti dan interaksi yang dianjurkan, kata Encik Mohd Hadzmie.
Aucun commentaire:
Enregistrer un commentaire